Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tahan 3 Lelaki Pancing Di Empangan

Published: 19 Jun 2014 2.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Simpang Renggam, 2 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor Bahru menahan tiga lelaki bersama beberapa peralatan memancing dan hasil tangkapan dalam Op Lindung di Empangan Macap, di sini, kir..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-3-lelaki-pancing-di-empangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 02:38 MYT

Simpang Renggam, 2 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor Bahru menahan tiga lelaki bersama beberapa peralatan memancing dan hasil tangkapan dalam Op Lindung di Empangan Macap, di sini, kira-kira 1230 tengah malam tadi.

ACP Zainul Abidin Hasan, Komander PPM Wilayah Dua berkata hasil pemeriksaan pihak polis menjumpai sembilan rod pancing beserta mesin, satu sauk serta hasil tangkapan iaitu ikan seberat hampir dua kilogram.

"Orang ramai diseru agar menjauhi kawasan empangan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan berisiko tinggi. Tindakan tegas akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan pencerobohan di kawasan tersebut," tegasnya lagi.

Ketiga-tiga suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk tindakan lanjut. Jika disabitkan kesalahan, kesemua mereka boleh didakwa di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan didenda RM 1,000 dan dipenjara dua tahun.

Ppm Tahan 3 Lelaki Pancing Di Empangan
Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

ArticlePublished 19 Jun 2014 2.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM