Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Serbu Kawasan Pemunggahan Balak Haram

Diterbitkan: 12 Dec 2014 3.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sibu, 11 Dis –Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima telah menyerbu kawasan pemunggahan balak haram dalam satu operasi di Jalan Sibu-Tanjung Manis, dekat sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-serbu-kawasan-pemunggahan-balak-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:07 MYT
Ppm Serbu Kawasan Pemunggahan Balak Haram
PPM SERBU KAWASAN PEMUNGGAHAN BALAK HARAM 

Sibu, 11 Dis –Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima telah menyerbu kawasan pemunggahan balak haram dalam satu operasi di Jalan Sibu-Tanjung Manis, dekat sini semalam.

Komandernya ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata, hasil serbuan pihaknya telah merampas 150 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz kerana tiada cop JH iaitu daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada batang-batang kayu balak tersebut.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM11,250.00.

Kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.
ArtikelDiterbitkan 12 Dec 2014 3.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM