Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Semporna Rampas Rokok Bernilai Hampir 500 Ribu

Diterbitkan: 15 Jan 2017 12.25 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Semporna, 15 Januari 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya merampas pelbagai rokok termasuk rokok kretek yang dianggarkan bernilai RM452,432.60, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-semporna-rampas-rokok-bernilai-hampir-500-ribu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:15 MYT

Semporna, 15 Januari 2017 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya merampas pelbagai rokok termasuk rokok kretek yang dianggarkan bernilai RM452,432.60, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4, ACP Mohamad Madun berkata, hasil intipan dan pemantauan pasukannya telah menahan dua buah kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan pesisir pantai pada jam 9.45 malam.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua kenderaan tersebut telah menemukan pelbagai rokok yang dipercayai telah diseludup masuk dari negara jiran.

“Kesemua rokok dan kenderaan yang dirampas akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya lagi.

Menurut ACP Mohamad lagi, rampasan ini merupakan rampasan rokok kretek terbesar PPM Wilayah 4 bagi tahun ini dan berazam akan mempergiatkan operasi membanteras aktiviti penyeludupan masuk rokok serta barang-barang kawalan yang lain.

“Pihak polis meminta kerjasama daripada masyarakat daerah ini agar sentiasa menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di daerah ini terutamanya di kawasan perairan,” tambah beliau lagi.

Ppm Semporna Rampas Rokok Bernilai Hampir 500 Ribu
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2017 12.25 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM