Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Semporna Gagalkan Cubaan Aktiviti Pengeboman Ikan

Published: 20 Apr 2015 4.12 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 19 April- Cubaan oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pengeboman ikan di sekitar perairan ini gagal setelah diserbu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna tengahari tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-semporna-gagalkan-cubaan-aktiviti-pengeboman-ikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:37 MYT


Semporna, 19 April- Cubaan oleh dua individu yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pengeboman ikan di sekitar perairan ini gagal setelah diserbu oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna tengahari tadi.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohamad Madun berkata, sejurus menerima maklumat pihaknya telah bergegas ke lokasi yang dilaporkan dan terserempak dengan dua suspek yang masing-masing menaiki pump bot dipercayai dalang aktiviti terbabit.

"Kedua-dua suspek itu yang seakan-akan dapat menghidu kehadiran polis telah terjun ke dalam laut meninggalkan bot mereka dan melarikan diri di celah-celah bakau tanpa dapat dikesan," katanya.

Pemeriksaan ke atas dua buah bot berkenaan menemui 17 botol kaca berisi baja Ammonia bersama 11 unit detonator yang dipercayai digunakan untuk aktiviti mengebom ikan beserta barang peribadi kepunyaan suspek.

Semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM6,010.00 dibawa pulang ke pangkalan untuk diserahkan kepada pegawai bertugas bagi tindakan lanjut.

Ppm Semporna Gagalkan Cubaan Aktiviti Pengeboman Ikan

ArticlePublished 20 Apr 2015 4.12 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM