Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Selam Parit Kesan Barang Kes

Diterbitkan: 19 Jun 2014 1.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Pengalaman yang dimiliki oleh anggota dan tugas yang dilakukan dengan penuh komitmen adalah faktor kejayaan penemuan ini walaupun terpaksa membuat selaman di dalam parit yang kotor serta arus sungai ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-selam-parit-kesan-barang-kes
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:50 MYT
Muar, 24 Feb - Lima anggota Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 yang ditugaskan dalam Op Bantuan di Jambatan Kedua Sg Muar dan di parit Sg Abong, Muar dari 20 hingga 22 Februari lalu telah berjaya menemui semula dua buah rangka motosikal yang telah dibuang oleh kumpulan sindiket curi motosikal.

Menurut Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, ACP Zainul Abidin bin Hasan, pasukan Unit Selam PPM membantu Bahagian D4 Jabatan Siasatan Jenayah untuk mengesan barang kes dan telah berjaya menemui semula dua buah rangka motosikal jenis Kawasaki RR150cc dan Honda EX5.

"Pengalaman yang dimiliki oleh anggota dan tugas yang dilakukan dengan penuh komitmen adalah faktor kejayaan penemuan ini walaupun terpaksa membuat selaman di dalam parit yang kotor serta arus sungai yang kuat dengan jarak penglihatan yang terhad," ujar beliau.

Kesemua barang kes yang ditemui diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Muar untuk tindakan selanjutnya.

Ppm Selam Parit Kesan Barang Kes

Sumber: IPD Muar, Johor
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 1.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM