Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Sandakan Rampas Rokok Pelbagai Jenis Bernilai Rm80 000

Published: 19 Jun 2014 2.09 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata kesemua rokok berkenaan dirampas dalam serbuan yang disertai oleh dua pegawai bersama enam anggota polis kira-kira 12.15 pagi di kawas..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-sandakan-rampas-rokok-pelbagai-jenis-bernilai-rm80-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:03 MYT
Sandakan, 28 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas sebanyak 6,460 bungkus rokok pelbagai jenis bernilai kira-kira RM80,000 dalam Ops Cantas Khas Perairan di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4, Asisten Komisioner Mohamad Madun, berkata kesemua rokok berkenaan dirampas dalam serbuan yang disertai oleh dua pegawai bersama enam anggota polis kira-kira 12.15 pagi di kawasan semak Pantai Bandar Ramai-Ramai.

"Ketika serbuan terdapat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dengan lampu kenderaan dimatikan. Namun pemandu kereta tersebut memecut laju selepas menyedari kehadiran pihak kami dan gagal dikesan," ujar Mohamad dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kawasan tersebut pihak polis menjumpai pelbagai jenis rokok tanpa cukai yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

“Kesemua rampasan itu kemudiannya dibawa ke markas operasi PPM Sandakan dan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Sandakan untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967," katanya.

Ppm Sandakan Rampas Rokok Pelbagai Jenis Bernilai Rm80 000

Sumber: PPM Sabah
ArticlePublished 19 Jun 2014 2.09 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM