Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Rampas Rm5 1 Juta Hasil Aktiviti Balak Haram

Published: 16 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajan, hasil pemeriksaan yang djalankan terhadap sebuah kapal tersebut mendapati, aktiviti pemunggahan kayu balak itu tidak mempunyai permit yang sah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-rm5-1-juta-hasil-aktiviti-balak-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:56 MYT

Sibu, 16 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas RM5.1 juta hasil daripada aktiviti pemunggahan kayu balak haram di Perairan Pulau Kerto, Batang Rejang, di sini, semalam.

Rampasan tersebut termasuk pelbagai saiz dan jenis kayu balak yang bernilai hampir RM600 ribu.

Menurut Komander PPM Wilayah 5, ACP Kalai Chelvan A/L Nadarajan, hasil pemeriksaan yang djalankan terhadap sebuah kapal tersebut mendapati, aktiviti pemunggahan kayu balak itu tidak mempunyai permit yang sah. 

"Pihak PPM telah menahan seramai tiga warga tempatan dan tiga warganegara Indonesia untuk dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Ulu Lanang, untuk di soal siasat", katanya.

ACP Kalai berkata, antara barang rampasan tersebut adalah peralatan pemunggahan kayu balak termasuklah sebuah kapal 'foresline', 'barge bonspeed', 'tug boat' dan kren. 

Semua hasil rampasan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan untuk tindakan selanjutnya.

PPM akan sentiasa komited dalam membanteras aktiviti kayu balak haram, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan seumpama ini diminta untuk tampil memberikan maklumat.
Ppm Rampas Rm5 1 Juta Hasil Aktiviti Balak Haram

ArticlePublished 16 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM