Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Rampas 70 Kg Ikan Pelbagai Jenis

Published: 18 Aug 2015 7.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya menahan enam individu dan merampas 70 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai hasil tangkapan menggunakan bahan letupan semasa rondaan di kawasan perairan Singamata , dekat sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-rampas-70-kg-ikan-pelbagai-jenis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:06 MYT

Semporna, 18 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya menahan enam individu dan merampas 70 kilogram ikan pelbagai jenis yang dipercayai hasil tangkapan menggunakan bahan letupan semasa rondaan di kawasan perairan Singamata , dekat sini, petang semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata, dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang itu, sepasukan anggota membuat pemeriksaan ke atas dua buah bot selepas mencurigai aktiviti perikanan yang dijalankan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui beberapa alat kelengkapan menyelam bersama 70 kilogram ikan yang dipercayai diperoleh menggunakan bahan letup,” katanya sambil menambah, kesemua suspek yang ditahan adalah dua juragan dan empat kru bot.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM7,910.50 dan kes disiasat di bawah Sek 26(I)(C) Akta Perikanan 1985.
Ppm Rampas 70 Kg Ikan Pelbagai Jenis

ArticlePublished 18 Aug 2015 7.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM