Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Kota Tinggi Gagalkan Cubaan Samun Sekumpulan Lanun

Published: 03 Nov 2014 1.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Tinggi, 2 Nov - Cubaan sekumpulan lelaki yang merancang melakukan samun ke atas sebuah kapal tanker tidak kesampaian apabila dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 yang menjalankan Operasi Pensura tidak jauh dari Teluk Ramunia, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-kota-tinggi-gagalkan-cubaan-samun-sekumpulan-lanun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:48 MYT
Kota Tinggi, 2 Nov - Cubaan sekumpulan lelaki yang merancang melakukan samun ke atas sebuah kapal tanker tidak kesampaian apabila dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 yang menjalankan Operasi Pensura tidak jauh dari Teluk Ramunia, kelmarin.

Seramai 13 lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 26 hingga 55 tahun itu ditahan bersama-sama sebuah kapal dan bot laju semasa dalam perjalanan ke Pulau Lima, Kota Tinggi.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua kapal berkenaan telah menemui beberapa peralatan dipercayai untuk digunakan bagi tujuan samun antaranya parang, topeng muka, kabel pengikat dan telefon satelit.

Siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai sedang merancang untuk melakukan samun ke atas sebuah kapal yang dikenali sebagai MT Berjaya di Pulau Lima berdasarkan keterangan awal yang diperolehi seorang daripada suspek dan teks khidmat pesanan ringkas di telefon bimbit.

Kesemua 13 orang warga Indonesia itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pengerang bersama-sama peralatan dan kapal yang dirampas untuk tindakan lanjut.

Ppm Kota Tinggi Gagalkan Cubaan Samun Sekumpulan Lanun
ArticlePublished 03 Nov 2014 1.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM