Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Klang Rampas Produk Kecantikan Tanpa Sijil Kesihatan Kkm

Diterbitkan: 17 Oct 2014 12.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang,16 Okt. - Penggunaan bahan tiruan dan tiada sijil perakuan dari mana-mana jabatan kesihatan, lebih-lebih lagi melibatkan produk kesihatan dan kecantikan amat membahayakan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-klang-rampas-produk-kecantikan-tanpa-sijil-kesihatan-kkm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:25 MYT
Pelabuhan Klang,16 Okt. - Penggunaan bahan tiruan dan tiada sijil perakuan dari mana-mana jabatan kesihatan, lebih-lebih lagi melibatkan produk kesihatan dan kecantikan amat membahayakan.

Menyedari hakikat ini, Pasukan Polis Marin (PPM) sentiasa berusaha mengekang aktiviti penyeludupan barangan kesihatan mahupun produk kecantikan yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan jalan laut.

Terbaharu, PPM Pelabuhan Klang berjaya mematahkan penyeludupan produk kecantikan yang dibawa menggunakan sebuah bot barter trade dalam perjalanan ke jeti Asa Niaga Pelabuhan Klang, pagi semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata pemeriksaan yang dijalankan anggota ronda mendapati beberapa produk kecantikan seperti sabun pencerah kulit dan kolagen yang dibawa tidak mempunyai sebarang dokumen pengesahan daripada pihak Farmasi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Nilai yang dianggarkan berjumlah RM123,660 dan produk kosmetik tersebut dirampas serta di serahkan ke pihak Farmasi Selangor untuk disiasat di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, "tambahnya lagi.

Ppm Klang Rampas Produk Kecantikan Tanpa Sijil Kesihatan Kkm
ArtikelDiterbitkan 17 Oct 2014 12.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM