Ppm Gagalkan Cubaan Keluar Malaysia Secara Haram
Kota
Tinggi, 14 Feb - 23 warga Indonesia termasuk dua orang kanak - kanak
ditahan Pasukan Polis Marin Pengerang kerana dipercayai cuba keluar
negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan di Pantai Teluk C,
Bandar Penawar malam semalam.
Dalam
Op Landai tersebut, serbuan oleh PPM pengerang mendapati 23 Pendatang
Tanpa Izin sedang berkumpul dan menyorok di pantai tersebut yang
dipercayai sedang menunggu pulang melalui jalan laut menggunakan bot
pancung.
Pemeriksaan
lanjut mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen
perjalanan yang sah serta dipercayai tinggal melebihi tempoh masa yang
ditetapkan.
Kesemua
yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut
dan kes disiasat dibawah Akta migresen 1959/63 (Pindaan 2002).
Sumber : Pasukan Polis Marin Johor