Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Gagalkan Cubaan Keluar Malaysia Secara Haram

Published: 19 Jun 2014 1.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Kota Tinggi, 14 Feb - 23 warga Indonesia termasuk dua orang kanak - kanak ditahan Pasukan Polis Marin Pengerang kerana dipercayai cuba keluar negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan di Pantai ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-gagalkan-cubaan-keluar-malaysia-secara-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:09 MYT

Kota Tinggi, 14 Feb - 23 warga Indonesia termasuk dua orang kanak - kanak ditahan Pasukan Polis Marin Pengerang kerana dipercayai cuba keluar negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan di Pantai Teluk C, Bandar Penawar malam semalam.

Dalam Op Landai tersebut, serbuan oleh PPM pengerang mendapati 23 Pendatang Tanpa Izin sedang berkumpul dan menyorok di pantai tersebut yang dipercayai sedang menunggu pulang melalui jalan laut menggunakan bot pancung.

Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta dipercayai tinggal melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut dan kes disiasat dibawah Akta  migresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sumber : Pasukan Polis Marin Johor

ArticlePublished 19 Jun 2014 1.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM