Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Piplihan Pengarah Pengurusan Kembali Ke Pejabat Lama Di Ipd Kuala Krai

Published: 16 Feb 2023 7.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Krai, 16 Februari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan, kembali ke pejabat lamanya di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-piplihan-pengarah-pengurusan-kembali-ke-pejabat-lama-di-ipd-kuala-krai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 18:05 MYT
Kuala Krai, 16 Februari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan, kembali ke pejabat lamanya di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini.

Ibarat sirih pulang ke gagang, Dato' Sri Zaini yang pernah menjadi Pegawai Penyiasat Jenayah di dalam daerah berkenaan, melawat semula pejabat lamanya bagi mengenang kembali khidmat bakti yang pernah dicurahkan kepada penduduk setempat dalam menyelesaikan kes jenayah di dalam Daerah Kuala Krai.

Beliau yang ditemani isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Jabatan Pengurusan, Datin Sri Hairiah Hj. Mohd Tahir turut berkesempatan menyantuni warga Pasukan yang kini berkhidmat di IPD tersebut.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun dan isteri, Datin Suzana Yashin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang serta Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad.

ArticlePublished 16 Feb 2023 7.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM