
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Polis Sudah Kenal Pasti Pelaku Dera Anak Kera Ekor Panjang
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang ind...
Shah Alam, 16 Februari 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan tiada tindakan diambil oleh pasukan keselamatan itu berhubung tindakan seorang individu menyeksa seekor anak kera ekor panjang, baru-baru ini.
“Arahan seterusnya daripada TPR ialah agar rakaman percakapan susulan dijalankan esok bagi melengkapkan lagi siasatan.
“Kertas siasatan berkenaan seterusnya akan dirujuk semula kepada TPR untuk mendapatkan arahan lanjut. Oleh demikian, dakwaan bahawa tiada tindakan diambil PDRM adalah tidak benar,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, semua pihak perlu bekerjasama dan tidak membuat spekulasi mengenai proses siasatan serta memberi ruang bagi prosedur pendakwaan berlangsung.