
Artikel
Posting Piplihan Pengarah Pengurusan Kembali Ke Pejabat Lama Di Ipd Kuala Krai
Kuala Krai, 16 Februari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan, kembali ke pejabat lamanya d...
Kuala Krai, 16 Februari 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Zaini Jass yang dalam rangka lawatan kerja ke Kontinjen Kelantan, kembali ke pejabat lamanya di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini.
Beliau yang ditemani isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Jabatan Pengurusan, Datin Sri Hairiah Hj. Mohd Tahir turut berkesempatan menyantuni warga Pasukan yang kini berkhidmat di IPD tersebut.
Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun dan isteri, Datin Suzana Yashin, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Dato' Nerita Yaacob, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang serta Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad.