Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Tunku Yazzid Didakwa Peroleh Rm2 45 Juta Ubah Wang Haram

Diterbitkan: 11 Jan 2021 1.04 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Johor Bahru, 11 Januari 2021 - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperoleh wang hasil pengubahan wang haram berjumlah RM2.45 juta.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-tunku-yazzid-didakwa-peroleh-rm2-45-juta-ubah-wang-haram
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:09 MYT

Johor Bahru, 11 Januari 2021 - Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memperoleh wang hasil pengubahan wang haram berjumlah RM2.45 juta.

Tertuduh, Mohd Yazzid Ahmad, 40 tahun, menggunakan nama 'Tunku Yazzid' kononnya sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Mohd Yazzid dituduh memperoleh wang tunai berjumlah RM2.45 juta daripada seorang lelaki di mana wang berkenaan adalah hasil aktiviti haram.

Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan Berita Harian

Image may contain: 1 person, standing and indoor
ArtikelDiterbitkan 11 Jan 2021 1.04 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM