Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Tokoh Sukan Pdrm Atlet Bola Sepak

Published: 15 Aug 2020 10.34 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bekas Ketua Penolong Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), ACP (Bersara) Tuan Osman Abu Bakar, 70, merupakan bekas atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang aktif dalam sukan bola sepak, sekitar tahun 1970-an dan 80-an.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-tokoh-sukan-pdrm-atlet-bola-sepak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:58 MYT

Bekas Ketua Penolong Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), ACP (Bersara) Tuan Osman Abu Bakar, 70, merupakan bekas atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang aktif dalam sukan bola sepak, sekitar tahun 1970-an dan 80-an.

Beliau terkenal sebagai salah seorang adik beradik "Bakar Brothers" iaitu Ali Bakar, Osman Bakar, Omar Bakar dan Isa Bakar yang kesemuanya hebat bermain bola sepak untuk pasukan negeri dan PDRM ketika era itu.

Tuan Osman merupakan penggerak utama kepada kehebatan dan kegemilangan Pasukan Bola Sepak PDRM dengan mencipta sejarah memenangi kejuaraan berganda bagi Liga Selangor dan Piala Bolasepak Malaysia (FAM).

Setelah bersara dalam sukan bola sepak, Tuan Osman telah diberi kepercayaan oleh kepimpinan FAM dan dilantik sebagai Pegawai Tertinggi Jabatan Integriti dalam persatuan tersebut.

Sumber: Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

Image may contain: 4 people, people standing and shoes

Image may contain: one or more people, people sitting, beard and indoor

Image may contain: 5 people, people standing

Image may contain: 2 people, people standing and beard

Image may contain: 4 people, people standing and indoor
ArticlePublished 15 Aug 2020 10.34 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM