
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Pm Santuni Mangsa Banjir Di Kota Tinggi
Kota Tinggi, 2 Mac 2023 - Timbalan Perdana Menteri (Timbalan PM), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir menyantuni mangsa-mangsa banjir di dua buah pusat pem...
Kota Tinggi, 2 Mac 2023 - Timbalan Perdana Menteri (Timbalan PM), Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir menyantuni mangsa-mangsa banjir di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di sini hari ini.
Kehadiran beliau yang disambut oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP M. Kumar S. Muthuvelu adalah bagi menyampaikan sumbangan kit makanan kepada mereka yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Usman Awang dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota.
Beliau turut menitipkan pesanan dan nasihat kepada para petugas agar sentiasa mengutamakan keselamatan diri walaupun sedang menjalankan tugas membantu mangsa-mangsa banjir.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pendidikan Tinggi, DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN, para pegawai kanan kerajaan, pegawai dan anggota polis serta pengamal media.
Sumber: Polis Johor