
Article
Posting Pilihan Timbalan Pengarah Operasi Jpjkk Turun Padang Lakukan Pemantauan Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur
Pemantauan serta rondaan yang dilakukan adalah bagi aktiviti pencegahan jenayah dalam memastikan keselamatan masyarakat di kota terjamin semasa musim perayaan...
Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, DCP Datuk Mazli Mazlan bersama pegawai serta anggota Bahagian Operasi Darat JPJKK, Bukit Aman telah membuat pemantauan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang lalu.
Pemantauan serta rondaan yang dilakukan adalah bagi aktiviti pencegahan jenayah dalam memastikan keselamatan masyarakat di kota terjamin semasa musim perayaan selari dengan slogan 'KL City Safe'.