Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan 830 308 Kemalangan Jalan Raya 9 609 Maut Pengarah Jspt

Diterbitkan: 06 Feb 2022 2.11 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Memberitahu Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan paling tinggi direkodkan adalah pada 2020 dengan 418,237 kes diikuti 370,286 kes (2021) dan 41,785 (Januari lalu).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-830-308-kemalangan-jalan-raya-9-609-maut-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:09 MYT
Petaling Jaya, 6 Februari 2022 - Sebanyak 830,308 kemalangan dilaporkan sejak 2020 sehingga Januari lalu membabitkan 9,609 kematian di seluruh negara yang disifatkan masih tinggi biarpun pelbagai langkah penguatkuasaan diambil pihak berkuasa bagi mengurangkan nahas jalan raya.

Memberitahu Mingguan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan paling tinggi direkodkan adalah pada 2020 dengan 418,237 kes diikuti 370,286 kes (2021) dan 41,785 (Januari lalu).

Kata beliau, sebanyak 4,297 kemalangan maut dilaporkan berlaku pada 2020 dengan melibatkan 4,643 kematian.

Diikuti tahun lalu sebanyak 4,247 kes dengan 4,538 kematian.

Jelas beliau, bagi awal tahun ini pula, sebanyak 412 kemalangan maut berlaku dengan 437 kematian di seluruh negara.

"Berdasarkan data ini sekali gus menunjukkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini masih tinggi dan kajian kita mendapati ia berpunca daripada sikap pengguna jalan raya itu sendiri.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text that says '830,308 kemalangan jalan raya, 9,609 maut 830,308 kemalangan jalan raya, 9,609 maut HADZMAN Darimuka1 Diiku
ArtikelDiterbitkan 06 Feb 2022 2.11 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM