
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Pengarah Kdnka Pga Pengerusikan Mesyuarat Jkko Atm Pdrm Siri 1 2024
Mesyuarat JKKO itu bertujuan membincangkan hal-hal operasi dan kerjasama kedua-dua agensi dalam meningkatkan keselamatan negara serta jaringan kerja yang membo...
Kuantan, 21 Mac 2024 - Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Operasi (JKKO) antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Siri 1/2024 bertempat di Markas Angkatan Bersama, Kem Al-Sultan Abdullah di sini, semalam.
Mesyuarat JKKO itu bertujuan membincangkan hal-hal operasi dan kerjasama kedua-dua agensi dalam meningkatkan keselamatan negara serta jaringan kerja yang membolehkan perkongsian maklumat serta aset.
Turut hadir, Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Noor Mohamad Akmar Mohd Dom TUDM, Asisten Ketua Staf J3, Mejar Jeneral Dato' Nur Hafis Abdul Karim TUDM, Pegawai Kanan ATM dan PDRM.