Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Ziarah Kebajikan Dua Anggota Unit Pemusnah Bom Ipk Johor

Published: 15 Sep 2024 12.17 PM Updated: 15 Aug 2026 6.55 PM
Johor Bahru, 15 September 2024- Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menziarahi dua anggota Unit Pemusnah Bom, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor iaitu Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary serta Koperal Sokongan Abd Halim Zainal di perumahan polis IPK Johor, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-ziarah-kebajikan-dua-anggota-unit-pemusnah-bom-ipk-johor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:21 MYT
Johor Bahru, 15 September 2024- Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menziarahi dua anggota Unit Pemusnah Bom, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor iaitu Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary serta Koperal Sokongan Abd Halim Zainal di perumahan polis IPK Johor, pagi tadi.

Koperal Muhammad Faruuqi dan Koperal Sokongan Abd Halim yang cedera tertimbus ketika menjalankan tugas-tugas memusnahkan bom dekat tapak perumahan Jalan Tabah, Taman Sri Lambak, Kluang pada 27 Ogos lalu kini telah dibenarkan keluar hospital.

Dato' Sri Ayob Khan yang diapit Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu sempat menitipkan kata-kata semangat dan memberikan sokongan moral kepada dua anggota polis terbabit demi memastikan aspek kebajikan mereka terus terjaga.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Afandi Senin dan barisan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Polis Johor
ArticlePublished 15 Sep 2024 12.17 PMUpdated 15 Aug 2026 6.55 PM