Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Dua Hari
Kota Kinabalu, 14 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain selamat tiba di ibu negeri Sabah kira-kira jam 3.45 pet...
Kota Kinabalu, 14 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain selamat tiba di ibu negeri Sabah kira-kira jam 3.45 petang tadi.
Beliau yang dalam lawatan kerja dua hari ke Kontinjen Sabah bagi mengiringi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin meninjau Pos Kawalan Pagalungan dan Kemabong serta lokasi tanah runtuh di Tongod dekat sini.
Ketibaan Timbalan KPN disambut Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan barisan kepimpinan Polis Sabah sebelum bergerak ke hotel penginapan untuk majlis tertutup.
Selain beberapa pos kawalan, rombongan juga dijangka melawat ke beberapa buah balai dan pondok polis serta meninjau tapak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan dekat sini.