
Artikel
335 Warga Polis Sarawak Dan Pesara Polis Dianugerahkan P J P N Oleh Timbalan Kpn
Miri, 14 Julai 2022 - Seramai 335 pegawai, anggota dan pesara Polis Sarawak hari ini dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) atas jasa dan pengorb...
Miri, 14 Julai 2022 - Seramai 335 pegawai, anggota dan pesara Polis Sarawak hari ini dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) atas jasa dan pengorbanan mereka kepada negara sewaktu era darurat serta ancaman pengganas komunis.
Majlis penganugerahan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain itu berlangsung di Imperial Ballroom, Imperial Hotel, Miri, di sini.
Turut mengiringi Tan Sri Razarudin dalam majlis tadi ialah Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass dan Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri.
Mendahului senarai penerima P.J.P.N. ialah Ketua Polis Ipd Limbang Sarawak, Superintendan Parum Niot bersama 184 penerima lain yang masih berkhidmat di Kontinjen Sarawak.
Manakala pesara polis yang turut dianugerahkan pingat tersebut ialah pesara DSP Melay Tingom dan pesara DSP Cluny Blawan bersama 148 yang lain kerana mempertahankan kedaulatan negara dalam era insurgensi ketika itu.
Hadir sama, Timbalan PJP Sarawak, DCP Dato Mancha Ata, Penolong Pengarah Pengurusan (Pembangunan) Hal Ehwal Pesara Polis Bukit Aman, ACP Zailanni Amit dan rakan-rakan media.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin