
Kota Kinabalu, 5 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini bersempena lawatan kerja selama tiga hari bagi merasmikan Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Peringkat Zon Sabah.
Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain, barisan ketua jabatan IPK Sabah dan ahli PERKEP Kontinjen Sabah.