Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Kontinjen Sabah Untuk Lawatan Kerja

Diterbitkan: 05 Dec 2022 1.12 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis Sabah
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-tiba-di-kontinjen-sabah-untuk-lawatan-kerja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:17 MYT
Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Kontinjen Sabah Untuk Lawatan Kerja
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Kontinjen Sabah Untuk Lawatan Kerja
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Tiba Di Kontinjen Sabah Untuk Lawatan Kerja

Sumber: Polis Sabah
Kota Kinabalu, 5 Disember 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini bersempena lawatan kerja selama tiga hari bagi merasmikan Bengkel Pengurusan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Peringkat Zon Sabah.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan timbalannya, DCP Datuk Jauteh Dikun.

Hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, SAC Datuk Zabidi Hj. Md Zain, barisan ketua jabatan IPK Sabah dan ahli PERKEP Kontinjen Sabah.

Sumber: Polis Sabah

ArtikelDiterbitkan 05 Dec 2022 1.12 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM