
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Serah Sumbangan Kebajikan Kepada Pesara Polis
Kota Kinabalu, 28 September 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah berbesar hati menyempurnakan sumbangan kebajikan berupa b...
Kota Kinabalu, 28 September 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah berbesar hati menyempurnakan sumbangan kebajikan berupa bakul makanan kepada para pesara polis yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Seramai 13 pesara polis disantuni dalam program yang diadakan bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke Kontinjen Sabah yang bermula senalam.
Datuk Seri Hj. Mazlan dalam ucapannya melahirkan harapan agar sumbangan yang diterima oleh para pesara polis itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang dilalui mereka dan keluarga sepanjang negara berhadapan dengan pandemik COVID-19.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
Sumber: Polis Sabah