Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Santuni Sampaikan Sumbangan Kepada Anak Anak Yatim Kontinjen Melaka Dan Negeri Sembilan

Published: 18 Jan 2024 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 18 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-santuni-sampaikan-sumbangan-kepada-anak-anak-yatim-kontinjen-melaka-dan-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:27 MYT
Melaka, 18 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan, semalam.

Dalam program berkenaan, Timbalan KPN bersama Voucher MyKasih Foundation menyampaikan sumbangan kepada 18 waris anak-anak yatim di dua kontinjen berkenaan.

Terdahulu ketibaan Timbalan KPN dan isteri di Kontinjen Melaka telah disambut Timbalan Ketua Polis (KP) negeri, SAC Md Nazri Zawawi bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Melaka, Puan Shahida Salleh manakala di Kontinjen Negeri Sembilan ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan KP negeri, SAC Abd Khalid Othman bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP kontinjen, Puan Norizan Othman.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) Bukit Aman, ACP Abdul Halid Hj. Ludin, barisan Ketua Jabatan Kontinjen Melaka dan Negeri Sembilan.

ArticlePublished 18 Jan 2024 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM