Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Anak Ibu Ditahan Edar Dadah Rm1 23 Juta

Diterbitkan: 18 Jan 2024 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 18 Januari 2024 - Seorang lelaki dalang sindiket pengedaran dadah dan ibunya antara tiga individu yang ditahan bersama 24 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM1.23 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri pada 10 Januari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-anak-ibu-ditahan-edar-dadah-rm1-23-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:23 MYT
Johor Bahru, 18 Januari 2024 - Seorang lelaki dalang sindiket pengedaran dadah dan ibunya antara tiga individu yang ditahan bersama 24 kilogram (kg) dadah bernilai lebih RM1.23 juta menerusi tiga serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri pada 10 Januari lalu.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya turut membuat rampasan pelbagai jenis dadah daripada ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 61 ditahan di sebuah pangsapuri di kawasan Larkin kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Modus operandi kegiatan sindiket pengedaran dadah ini adalah dengan menjadikan sebuah apartment berpagar dan berpengawal yang disewa sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
“Kegiatan sindiket pengedaran dadah yang didalangi seorang ielaki berusia 40 tahun itu telah aktif beroperasi sejak Oktober tahun lalu. Ibunya pula berusia 61 tahun,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 18 Jan 2024 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM