
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Santuni Pesara Dan Asnaf Pdrm Lengkapi Matlamat Lawatan Kerja
Kuching, 26 Oktober 2021 – Seramai 38 individu menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Ser...
Kuching, 26 Oktober 2021 – Seramai 38 individu menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.
Mereka yang terdiri daripada pesara dan asnaf warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk seorang anak yatim turut tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan pemimpin nombor dua Pasukan itu.
Timbalan KPN yang menghadiri lawatan kerja rasmi di kontinjen Sarawak sejak Ahad lepas turut berkesempatan menyantuni pesara Polis iaitu Sub Inspektor Ismail Lambet dan Koperal Othman Abun yang terlantar sakit di Perumahan Batu Kawa Kuching, hari ini.
Seusai kunjungan tersebut, Datuk Seri Hj. Mazlan telah menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sasaran Penting di IPK Sarawak yang diadakan secara maya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur bersama delegasinya petang tadi.
Sumber: Polis Sarawak


























