Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Pdrm Bersama Jabatan Kimia Malaysia
Langkawi, 13 Oktober 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Polis Diraja Malaysia (...
Langkawi, 13 Oktober 2022 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Kimia Malaysia di Hotel Pelangi Beach Resort, dekat sini.
Mesyuarat anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman itu bertujuan membincangkan dan membuat penambahbaikan isu-isu siasatan yang melibatkan PDRM dengan Jabatan Kimia Malaysia.
Hadir sama, Ketua Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara , Dato’ Hj. Nik Suhaimi Nik Sulaiman, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dato’ Hj. Mohamed Zaini Abdul Rahman, Pengarah JSJN, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Mohd Kamarudin Md Din serta Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Sri Azri Ahmad.
Sumber: Polis Kedah