Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Berkaitan Penyelarasan Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Esszone Bilangan 1 2022

Diterbitkan: 23 Apr 2022 9.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) Sabah Bilangan 1/2022, pagi semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-berkaitan-penyelarasan-operasi-pdrm-dan-esscom-di-kawasan-esszone-bilangan-1-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:04 MYT
Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Berkaitan Penyelarasan Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Esszone Bilangan 1 2022
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Berkaitan Penyelarasan Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Esszone Bilangan 1 2022
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Berkaitan Penyelarasan Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Esszone Bilangan 1 2022

Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-Oper...
Kota Kinabalu, 23 April 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hadir mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Operasi-Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) Sabah Bilangan 1/2022, pagi semalam.

Ketibaan beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah telah disambut oleh Pesuruhjaya Polis negeri, CP Dato' Idris Abdullah dan timbalannya, DCP Datuk Jauteh Dikun.

Mesyuarat tersebut antara lainnya bertujuan memantapkan lagi operasi sedia ada melalui perancangan yang lebih teliti dan strategik, sekali gus mewujudkan keselamatan berkekalan di kawasan tersebut.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, DCP Dato' Shukri Abdullah, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, DCP Nik Murtaza Mahmud, Komander Eastern Command, DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Kamaruzaman Abdullah.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of 3 people, people standing, people sitting and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, outdoors and text that says 'YAZID POLIS 日*X RAZARUDIN POLIS ¥'

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people, people sitting and people standing

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 2 people, people sitting and people standing

May be an image of 1 person and sitting

May be an image of 1 person and standing
ArtikelDiterbitkan 23 Apr 2022 9.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM