
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Mulakan Lawatan Kerja Ke Sarawak Lawat Markas Briged Sarawak Pga
Kuching, 25 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah memulakan lawatan kerjanya ke Sarawak dengan mengadakan lawatan k...
Kuching, 25 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah memulakan lawatan kerjanya ke Sarawak dengan mengadakan lawatan ke Markas Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.
Ketibaan beliau telah disambut Komander Briged Sarawak PGA, SAC Tuan Saini Bongkek dan timbalannya, ACP Tuan Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah.
Semasa lawatan kerja tersebut, beliau yang diiringi Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato' Aidi Ismail turut berkesempatan melawat Pos Pasukan Gerakan Am Melano dan pintu sempadan Sarawak-Indonesia dengan menaiki helikopter Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato’ Mancha Ata, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, DCP Tuan Sulaiman Yahaya dan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah.
Sumber: Briged Sarawak Laman Rasmi