
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Sertai Mdn Terima Kunjungan Hormat Fbi Amerika Syarikat
Putrajaya, 14 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri...
Putrajaya, 14 Disember 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir mengiringi Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk menerima kunjungan hormat Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI) Amerika Syarikat, Mr. Christopher A. Wray di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini, pagi tadi.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Setiausaha Bahagian KDN, para pegawai dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato' Pahlawan Supramaniam Ramasamy.