Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Hadir Latihan Menembak Anjuran Jsjn

Published: 17 Jul 2022 2.04 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 17 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati menyertai latihan menembak anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Kelab Menembak Shapadu, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-hadir-latihan-menembak-anjuran-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:11 MYT
Putrajaya, 17 Julai 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati menyertai latihan menembak anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Kelab Menembak Shapadu, di sini.

Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Zainah Othman telah disambut oleh Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri SAC Datin Zalena Mohd Ariffin merangkap Pengerusi PERKEP JSJN.

Latihan yang turut disertai oleh Jabatan Peguam Negara, PERKEP JSJN dan media itu bertujuan meningkatkan kemahiran pengendalian dan penggunaan senjata api serta mewujudkan semangat berpasukan antara warga JSJN dan agensi luar.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JSJN (Risikan/Operasi), Bukit Aman, DCP Zainudin Ahmad, wakil Jabatan Peguam Negara, ahli-ahli PERKEP JSJN dan rakan media.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
ArticlePublished 17 Jul 2022 2.04 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM