
Artikel
Artikel Pilihan Bekas Balai Polis Diberi Nafas Baharu Jadi Tarikan Pelancong
Kota Tinggi, 18 Julai 2022 - Nafas baharu yang diberikan ke atas bekas balai polis Kota Tinggi di sini, berjaya menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi waji...
Kota Tinggi, 18 Julai 2022 - Nafas baharu yang diberikan ke atas bekas balai polis Kota Tinggi di sini, berjaya menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi wajib dikunjungi bagi mereka yang datang ke daerah ini.
Setiausaha Persatuan Pelancongan Kota Tinggi, Puan Rafeah Mohd. Noah berkata, bekas balai polis yang kini dikenali sebagai Pusat Informasi dan Pelancongan (TIC) Kota Tinggi merupakan sebuah pusat informasi di bawah Tourism Johor dan diuruskan oleh Persatuan Pelancongan Kota Tinggi.
Lebih menarik adalah "Balai Cafe" yang memberi pengalaman kepada pengunjung untuk merasai pengalaman makan di dalam lokap.
“Kebanyakan pengunjung yang datang memberi pandangan teruja dapat makan di balik tirai besi. Kita memang mengekalkan konsep balai polis yang ada agar pengunjung teruja dan dapat merasai sendiri makan di dalam lokap," katanya.
Jelasnya lagi, TIC juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan data bagi pengunjung tempatan mahupun luar negara yang datang ke Kota Tinggi dan yakin pelbagai tarikan yang terdapat di daerah itu mampu menarik lebih ramai pelancong.