
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipd Sandakan
Sandakan, 10 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan beliau di kontinjen Sabah dengan menga...
Sandakan, 10 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain meneruskan lawatan beliau di kontinjen Sabah dengan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, semalam.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek bersama Timbalannya, Superintendan Mohd Hamizi Halim.
Dalam lawatan tersebut Tan Sri Razarudin turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada 10 orang pesara polis yang turut disertai oleh isterinya Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis PERKEP Malaysia, Puan Sri Zainah Othman menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua orang pesara uzur di kediaman mereka di Taman Pertama, Batu 5 dan Kampung Sungai Kayu, Batu 7.
Sumber: Polis Sabah