
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Ipd Kudat
Kudat, 9 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ku...
Kudat, 9 Februari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain mengadakan lawatan kerja rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat, di sini semalam.
Lawatan kerja Timbalan KPN itu antara lain bagi menyampaikan amanat beliau kepada ketua-ketua bahagian, cawangan, para pegawai dan anggota polis serta pegawai awam IPD berkenaan.
Beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) tanpa istiadat kepada lapan orang pesara polis dan bersama-sama Puan Sri Zainah menziarahi seterusnya menyampaikan P.J.P.N. kepada seorang pesara uzur dan menyantuni dua balu pesara di Taman Levender dan Kampung Ayer Kudat.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat