Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Jabatan Pengurusan

Diterbitkan: 29 Oct 2021 1.55 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Jabatan Pengurusan PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-jabatan-pengurusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 09:57 MYT
Kuala Lumpur, 29 Oktober 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bilik Mesyuarat Persada, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, petang tadi.

Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass bersama sebahagian warga kerjanya. Lawatan kerja yang diadakan adalah bertujuan memberi peluang kepada seluruh warga kerja Jabatan Pengurusan di peringkat Bukit Aman, kontinjen dan formasi bertemu serta mendengar amanat yang disampaikan oleh Timbalan KPN.

Sesi perjumpaan yang diadakan turut dihadiri oleh Komandan-komandan Institusi Latihan PDRM dan Ketua-ketua Jabatan Pengurusan kontinjen secara maya.

ArtikelDiterbitkan 29 Oct 2021 1.55 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM