
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Iskandar Puteri
Lawatan bertujuan melihat sendiri perkembangan projek pembinaan IPD Iskandar Puteri di samping meneliti skop penugasan, pengoperasian serta keselamatan di Komp...
Johor Bahru, 3 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini meneruskan lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah dengan diiringi Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lawatan bertujuan melihat sendiri perkembangan projek pembinaan IPD Iskandar Puteri di samping meneliti skop penugasan, pengoperasian serta keselamatan di Kompleks Sultan Abu Bakar.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Tuan Zulkafli Sariaat dan Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Tuan Adnan Ahmad.
Sumber: Polis Johor










