Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Sarawak Berkaitan Persediaan Pdrm Hadapi Prn Sarawak

Published: 11 Dec 2020 3.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuching, 10 Disember 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-sarawak-berkaitan-persediaan-pdrm-hadapi-prn-sarawak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:50 MYT
Kuching, 10 Disember 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara (KPN), DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, pagi tadi.

Lawatan beliau yang disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail adalah berkaitan penugasan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari aspek keselamatan serta kemudahan yang diperlukan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kelak.

Sesi taklimat berhubung kekuatan pegawai dan anggota serta situasi semasa di negeri tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Dato’ Fisol Salleh.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Abd Rahim Jaafar, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (PGA), DCP Dato’ Kasuahdi Ali dan barisan ketua jabatan serta formasi kontinjen Sarawak.


Image may contain: 3 people, people standing

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 5 people, people standing and people on stage, text that says 'Cermin Cermin Cermi'

ArticlePublished 11 Dec 2020 3.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM