
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Nabawan
Lawatan kerja yang dijalankan bertujuan membincangkan isu-isu keselamatan setempat dan mendengar beberapa taklimat berkenaan cadangan penubuhan Batalion, Ibu P...
Keningau, 24 April 2022 -
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husin melakukan lawatan kerja ke Balai Polis Nabawan, di sini bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Zainah Othman, pagi tadi.
Lawatan kerja yang dijalankan bertujuan membincangkan isu-isu keselamatan setempat dan mendengar beberapa taklimat berkenaan cadangan penubuhan Batalion, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nabawan serta IPD Kalabakan.
Turut berlangsung, penyampaian sumbangan kepada 14 orang asnaf oleh Datin Zainah dan pameran pertunjukan kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan.
Turut hadir, Pesuruhjaya Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, CP Dato' Kasuahdi Ali, Komander Eastern Command, DCP Hj. Hamzah Hj. Ahmad, para pegawai kanan dan warga kerja IPD Keningau.
Sumber: Polis Daerah Keningau