
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
Sumber: PDRM Pulau Pinang
Georgetown, 7 Disember 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Hj. Abdul Razak, di Estern & Oriental Hotel Pulau Pinang, di sini, petang tadi.
Beliau hadir diiringi oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain telah meluangkan masa hampir dua jam beramah mesra dengan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Sumber: PDRM Pulau Pinang
