Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Ketua Polis Negara Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Esscom

Published: 27 Sep 2021 8.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam lawatan kerja tersebut, Datuk Seri Hj. Mazlan telah ditaklimatkan mengenai hala tuju dan pengoperasian ESSCOM oleh Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman bertempat di ESSCOM Fushion Centre (EFC).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-ketua-polis-negara-adakan-lawatan-kerja-rasmi-ke-esscom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Lahad Datu, 27 September 2021- Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja rasmi beliau ke Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), di sini, pagi tadi.

Dalam lawatan kerja tersebut, Datuk Seri Hj. Mazlan telah ditaklimatkan mengenai hala tuju dan pengoperasian ESSCOM oleh Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman bertempat di ESSCOM Fushion Centre (EFC).

Beliau juga berkesempatan beramah mesra dengan barisan pegawai kanan ESSCOM yang terdiri daripada ketua-ketua staf keselamatan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Turut mengiringi Datuk Seri Hj. Mazlan ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perundangan), SAC Tuan Ahmad Dzaffir Mohd Yussof dan Komander Briged Sabah, SAC Tuan Abdul Rani Alias.

ArticlePublished 27 Sep 2021 8.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM