
Artikel
Posting Pilihan Terima Kasih Ustaz Ebit Lew Santuni Warga Pdrm Yang Turut Ditimpa Musibah Banjir
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atas kesudian beliau menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut dit...
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew atas kesudian beliau menyantuni warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut ditimpa musibah banjir di Kuala Lipis, Pahang, semalam.
Selain kawasan perumahan, balai polis dan berek kediaman pegawai serta anggota polis juga dinaiki air selepas hujan lebat melanda daerah berkenaan selama beberapa hari tanpa henti.
Ustaz Ebit turut dibawa meninjau kawasan terjejas dengan menaiki bot Pasukan Polis Marin (PPM) dan bersama membantu petugas barisan hadapan dalam misi menyelamat dan memindahkan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang disediakan.
Selain sumbangan, beliau turut menitipkan kata-kata semangat kepada para petugas dan penduduk agar mereka terus tabah dan kuat menghadapi dugaan (banjir) tersebut.