
Artikel
Posting Pilihan Terima Kasih Atas Keprihatinan Semua Anggota Balai Polis Bsi
Peka dengan keadaan dalam kawasan rondaan, anggota Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Koperal Mohd Irwan Shah Shafie dan Konstabel Muhammad Faiz Ramle...
Peka dengan keadaan dalam kawasan rondaan, anggota Balai Polis Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Koperal Mohd Irwan Shah Shafie dan Konstabel Muhammad Faiz Ramle telah membantu orang kelainan upaya (OKU) yang tersesat ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), Johor Bharu semasa menaiki keretapi.
Tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua anggota Balai Polis BSI, diketuai ASP Masrol Hasni Abas yang menjaga serta memberikan pertolongan sebelum dijemput oleh ayah beliau yang menaiki bas dari Seremban, Negeri Sembilan.
Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan