
Article
Posting Pilihan Temasya Sukan Piala Kpn Pengarah Pengurusan Rasmi Majlis Penutupan Temasya Sukan Piala Kpn 2024 Fasa 2
Kuala Terengganu, 8 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmi...
Kuala Terengganu, 8 Julai 2024 - Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain merasmikan penutupan Temasya Sukan Piala KPN Tahun 2024 Fasa 2 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, semalam.
Dalam majlis tersebut, kesemua juara bagi fasa kedua acara sukan yang dipertandingkan iaitu sepak takraw, bola jaring, badminton, boling padang dan karate membawa pulang piala pusingan masing-masing yang telah disampaikan oleh Dato’ Sri Azmi dengan diiringi Ketua Polis Terengganu, DCP Dato’ Mohd Khairi Khairudin.
Kemuncak majlis menyaksikan Kontinjen Selangor telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya Sukan Piala KPN 2024 Fasa 2 disusuli Bukit Aman dan Johor dengan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato’ Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, DCP Dato’ Rohaimi Md Isa, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, (NADMA), DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengelola-Pengelola Sukan PDRM, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Terengganu.