
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Dua Disyaki Anjur Judi Euro 2024 Ditahan
Kuala Lumpur, 8 Julai 2024 - Polis menahan dua lelaki masing-masing di kondominium Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu selepas disyaki melakukan pertaruhan jud...
Kuala Lumpur, 8 Julai 2024 - Polis menahan dua lelaki masing-masing di kondominium Jalan Genting Klang dan Taman Wahyu selepas disyaki melakukan pertaruhan judi bola sepak Euro 2024, kelmarin.
Penahanan kedua-dua mereka pada jam 9 pagi dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hasil maklumat dan risikan.
Beliau berkata, risikan dijalankan ke atas laman sesawang yang disyaki menjalankan kegiatan catit taruh perjudian secara dalam talian berkait bola sepak Euro 2024.
“Siasatan mendapati gaji diterima sebulan sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 dan kegiatan itu mengaut untung sehingga RM12,000 sehari.
“Kita percaya kegiatan ini beroperasi 24 jam dan mempunyai syif bagi melakukan urusan pertaruhan di kondominium,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.