Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Tahukah Anda Hukuman Lebih Tegas Demi Keselamatan Jalan Raya

Published: 20 Jul 2026 1.07 PM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan setiap siasatan dilaksanakan secara profesional, telus serta berlandaskan undang-undang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-tahukah-anda-hukuman-lebih-tegas-demi-keselamatan-jalan-raya
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:48 MYT
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia terus memperkukuh penguatkuasaan dan memastikan setiap siasatan dilaksanakan secara profesional, telus serta berlandaskan undang-undang.

Di bawah pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang berkuat kuasa sejak tahun 2020, hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu, berbahaya atau di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Seksyen 41 memperuntukkan penjara 5 hingga 10 tahun, denda RM20,000 hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang lesen sekurang-kurangnya lima tahun, manakala Seksyen 44 memperuntukkan penjara 10 hingga 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta hilang kelayakan memegang lesen sekurang-kurangnya 10 tahun.

Kerajaan akan terus menambah baik kerangka perundangan dan perlindungan kepada mangsa serta waris demi meningkatkan keselamatan jalan raya.

ArticlePublished 20 Jul 2026 1.07 PMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM