
Artikel
Posting Pilihan Murid Sk Kubang Golok Teruja Lawat Ipd Bachok
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Golok teruja apabila berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang disambut m...
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Golok teruja apabila berpeluang mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok yang disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin.
Lawatan tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keamanan serta keselamatan masyarakat.
Sepanjang lawatan, mereka turut diperkenalkan dengan kenderaan yang digunakan dalam penugasan harian dan berpeluang menaikinya, sekali gus memberi pengalaman bermakna serta memupuk minat mereka terhadap bidang kepolisan.
Sumber: Polis Daerah Bachok